Jamaah haji yang menjadi korban crane di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling menyentuh jiwa saya.
Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak banyak yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadah yang sangat besar ganjaran pahalanya.
Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.
Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak disangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan,beliau terpilih karena jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma\'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada\' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan..

Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat dari keluarga. Tapi wanita ini, bahkan semua keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana.
-insan hina-